Selasa, Disember 22, 2009

Keamanan Setahun

Dalam menyambut tahun baru hijrah yang ke 1431, jangan pula lupa memperingati tuan punya hijrah, iaitu Junjungan Nabi SAW. Mudah-mudahan dengan memperingati Kekasih Allah SAW, kita juga diingati Allah dengan berbagai kurniaan dan anugerah, diberikan rahmat, maghfirah, keamanan dan kedamaian dunia dan akhirat. Dikatakan yang Imam al-Hafiz Ibnul Jawzi al-Hanbali rahimahUllah menyatakan bahawa dengan mengadakan mawlid Junjungan Nabi SAW boleh menjadi sebab bagi memperolehi keamanan sepanjang tahun, sebagaimana disebut oleh Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi rahimahUllah dalam "I`anatuth Tholibin" juzuk 3, halaman 414. Tercatat di sana sebagai berikut:-

Dan Ibnul Jawzi telah menyatakan bahawa di antara khasiatnya (yakni khasiat majlis mawlid Junjungan Nabi SAW) bahawasanya diberikan keamanan pada tahun tersebut dan akan diberikan kegembiraan dengan segeranya tertunai segala cita-cita dan keinginan.
Apatah lagi jika setelah segala untaian indah sirah kehidupan, akhlak pribadi dan sifat kemuliaan Junjungan Nabi SAW dibaca dalam mawlid yang indah bahasanya, diiringi pula doa membawa berbagai harapan dan permohonan, antaranya pula, mohon keamanan dan kesentosaan serta kemakmuran bagi negeri yang tercinta. Contohnya sebagaimana yang dipanjatkan oleh Sidi Ja'far al-Barzanji rahimahUllah dalam doa khatam mawlid beliau, antara lain menyebut:-

اَللّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ وَ سَاِئرَ بلاَدِ اْلمُسْلِمِيْنَ آمِنَةً رَخِيًّةً
وَ اسْقِنَا غَيْثًا يَعُمُّ انْسِيَابُ سَيْبِهِ السَّبْسَبَ وَ رُوْباَه
Ya Allah, jadikanlah negeri ini dan sekalian negeri umat Islam aman sentosa lagi makmur dan cucurilah kami akan hujan rahmat yang meratai segala lembah dataran dan bukit-bukau.
Allahumma aamiin. Mudah-mudahan dikabulkan Allah

************************************************
Mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji

1 ulasan:

Slam berkata...

Assalamu'alaikum, Senang sekali bisa melihat video ini. Tapi sayang tidak tahu caranya untuk mendownload video ini...
Boleh tidak didownload? kalau boleh tolong kasih tahu caranya.

Wassalamu'alaikum.