Jumaat, November 23, 2007

Doa Fatihah - Tok Kelaba

Syaikh Muhammad Husain bin 'Abdul Lathif al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Kelaba al-Fathani adalah ulama yang berasal dari Kelaba, Beris, Fathani Darus Salam. Beliau dilahirkan pada tahun 1280H/1863M dan kembali ke rahmatUllah pada 21 Sya`baan 1367H. Beliau juga terkenal dengan gelaran Tok Hadis kerana banyak menghafal hadis. Dalam karya beliau yang berjodol "Hadaaiqush Sholawaat fil khalawaat wal jalawaat", beliau menisbahkan dirinya sebagai al-Kelantani muhtidan wal Kalabawiy baladan wal-'Asy`ari i'tiqaadaan wasy-Syafi`i madzhaban wal Junaidiy qudwatan wal-Haddadiy 'amalan (yang dibangsakan kepada negeri Kelantan asal; Dan yang dibangsakan kepada Kelaba negeri; Dan yang dibangsakan kepada Im,am Abil Hasan 'Ali al-Asy`ari i'tiqad pada ilmu Usuluddin; Dan yang dibangsakan kepada Imam Syafi`i pada Ilmu Fiqh; Dan yang dibangsakan kepada Imam Abil Qaasim al-Junaid al-Baghdadi ikutan pada Ilmu Tasawwuf; Dan yang dibangsakan kepada Habib 'Abdullah al-Haddad amal pada wiridnya). Selain dari hadits, beliau juga banyak menghafal kitab-kitab antara yang dihafalnya ialah kitab "Furu' Masa-il".


Pada halaman 308 karangannya tersebut, beliau menulis sepotong doa yang elok dijadikan munajat kita sebagai upaya memohon keselamatan dengan berwasilahkan surah al-Fatihah:-

Soal: Adakah doa yang warid daripada Nabi s.a.w. dibaca kemudian daripada Fatihah yang tersebut itu atau tiada?
Jawab:
Tiada berjumpa hamba faqir daripada kitab-kitab yang sudah faqir baca dan lihat, bahkan ada dapat daripada khat guru saya dari Fathani iaitu inilah doanya: "Ya Allah, dengan haq al-Fatihah dan dengan sir al-Fatihah, wahai Tuhan yang menghilangkan kebimbangan, wahai Tuhan yang menghilangkan kesedihan, wahai Tuhan yang menghindarkan segala bala bencana, Hindarkanlah kami ya Allah dari segala bala bencana, wabak penyakit, kebimbangan, kesedihan, pancaroba, kesusahan dan kemurkaan, demi rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Mudah-mudahan ada manfaatnya doa salihin tersebut bagi kita..... al-Fatihah.

Tiada ulasan: