Jumaat, April 13, 2007

Penjaga Khazanah

الفاتحة

Dalam hati kesedihan masih terbuku
Atas pemergian Penjaga Khazanah Ulama Melayu
Sebutir Permata Alam Melayu
Seorang Guru
Tokoh yang tak kenal lelah dan jemu
Memartabatkan ulama dan ilmu
Itulah dia Ustaz Wan Muhammad Shoghir Tuan Guru
Walaupun hanya sekali dua bertemu
Alhamdulillah, sempat mukhoothabah duduk semeja berjamu
Karya-karyanya jadi bacaanku sedari dulu
SubhanAllah, isinya penuh ilmu dan kecintaan ulama terdahulu
Ulama berjasa menyebarkan Islam ke Rantau Melayu
Ulama berjasa menyempurnakan Islam Umat Melayu
Ulama panutan ikutan leluhurku
Membaca karyanya hadir terasa dalam jiwaku
Perjuangan, kehebatan, ketinggian iman dan ilmu
Para Ulama di Dunia Melayu
Kini Tuan Guru telah pergi dahulu
Moga perginya segera datang pengganti agar kita tak yatim piatu
Buatmu wahai Tuan Guru
Kan ku doakan sewaktu-waktu
Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu
Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu
Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu wahai Tuan Guru
Sekalung al-Fatihah buatmu

اقرأوا على موتاكم يس