Rabu, Januari 31, 2007

Doa Untuk Ustaz Wan

Tuan Guru Haji Wan Shoghir bin Wan Abdullah al-Fathani, adalah cucu kepada Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani. Beliau adalah seorang yang mahir lagi arif mengenai sejarah dan perjuangan para ulama kita di sebelah Nusantara ini. Beliau banyak mengkaji berbagai kitab dan manuskrip lama karangan ulama kita terdahulu serta berjuang untuk menyebarluaskan isi kandungannya yang berupa ilmu bermanfaat kepada umat rantau ini. Beliau juga banyak menulis dan mengarang berbagai tulisan ilmiyyah dan biografi ulama silam. Aku dimaklumkan bahawa pada hari Ahad, 28 Januari, 2007, beliau telah mendapat serangan "stroke". Oleh itu sudilah kiranya para ikhwah yang membaca coretanku ini dengan seberapa ikhlas yang boleh, memanjatkan permohonan kepada Ilahi Rabbi agar beliau diberikan kesembuhan, kesihatan dan ke'afiatan serta juga dikurniakan tambahan umur yang berkat demi meneruskan perjuangan beliau selama ini. Al-Fatihah 'ala niyyatisy syifa` wa qabuulid du`a'.

1 ulasan:

mfrstudio berkata...

semoga lekas sembuh. saya suka baca kajian ulama nusantara beliau.